The HTML Block Content is not Available!

Pembakaan

Bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ladang anda, kami juga menyediakan perkhidmatan penambah baikan genetik. Perkhidmatan pembakaan yang kami sediakan ialah:

 


GEROMPOK NUKLEAS

 

1.    Lembu Nellore

  • Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar

Kami memelihara gerompok 100 induk dengan menggunakan baka yang diimport dari Brazil dan dibiak semenjak tahun 1985 di PSGT Ulu Lepar.
 

2.    Lembu Kedah Kelantan

Lembu Kedah Kelantan tempatan ini telah dipilih dari ternakan yang menang dalam Pertandingan Ternakan di Jengka dan tempat lain serta dipelihara dalam gerompok induk 100 ekor semenjak tahun 1998 di Pusat Sumber Genetik ternakan Bukit Kajang, Raub.
 

3.    Barbados Black Balley

Bebiri rerambut ini berasal dari Barbados dan dikacuk dengan baka Malin dan dipelihara  di Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang, Rompin.

 

Pinjaman Baka

Kami juga ada menyediakan pinjaman baka kepada penternak yang telah menceburkan diri dalam industri ternakan ruminan terutamanya Lembu, Kambing dan Bebiri. Permohonan pinjaman baka boleh dibuat melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kesesuaian projek dan jumlah ternakan yang sedia ada.

 

Pemeriksaan Daya Biak

Bagi membantu dalam pemilihan dan pembelian ternakan pembiak, pegawai profesional kami yang mahir boleh menyediakan Pemeriksaan Daya Biak dan persijilannya.

 

Teknologi Pembiakan

  • Permanian Beradas

Kami menyediakan penyuntik berpengalaman terutamanya dalam ternakan tenusu. Program penyeragam berahi juga disediakan atas permintaan.

  • Pemindahan Embrio (Embryo Transfer)

Pakar kami mampu menyediakan perkhidmatan pemindahan embrio kepada gerompok nukleas dan pembiak.


  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, 
Jalan Sri Kemunting 2, 
25100 Kuantan, Pahang

No. Telefon : 09 - 5171090
No. Faks     : 09 - 5141498
Emel           : phai@pahang.gov.my 

PAUTAN

Soalan Lazim

Arkib

PAUTAN LUAR

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari IniHari Ini1
Minggu IniMinggu Ini9
Bulan IniBulan Ini293

Jumlah Pelawat : 2548 Last updated : 22 10 19
 

Dasar Privasi     Dasar Keselamatan     Penafian     Peta Laman     Borang Maklumbalas
Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768

Hakcipta Terpelihara @ 2018 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang
Visitor count : 2548 Kemaskini Terakhir : 22 Oktober 2019

The HTML Block Content is not Available!