Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Bm | Eng

faq-img

Kajian Kepuasan
Pelanggan

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Portal Rasmi

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar

FUNGSI BAHAGIAN


Fungsi Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

 

1. SEKSYEN ZOONOSIS DAN KESIHATAN AWAM

  • Merancang dan menyelaras program pengawalan penyakit-penyakit zoonotik
  • Menyelaras program pengawalan penyakit bawaan makanan dan residu makanan
  • Menyelaras dan mengawal penggunaan biologik dan drug veterinar
  • Menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti kebajikan haiwan bersama agensi kerajaan dan swasta
  • Meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik, keselamatan makanan dan kebajikan haiwan

 

2. SEKSYEN PEMERIKSAAN VETERINAR

  • Merancang, menyelaras, mengurus dan menjalankan pemeriksaan veterinar
  • Pemeriksaan loji dan rumah sembelih luar negara untuk keperluan bahan mentah di dalam Negara
  • Melaksanakan kawalan kualiti dan keselamatan ternakan dan produk berasaskan haiwan
  • Menjalankan pemeriksaan

 

3. SEKSYEN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN IMPORT EKSPORT

  • Pengawalan import eksport haiwan dan produk haiwan
  • Pengurusan kuarantin haiwan dan pembangunan stesen kuarantin haiwan
  • Pengurusan dan pentadbiran am seksyen
  • Pengurusan kewangan seksyen

 

4. SEKSYEN EPIDEMIOLOGI DAN SURVELAN

  • Mengesan, menyiasat dan mengkaji kejadian penyakit haiwan wajib lapor dalam populasi.
  • Memantau dan menjalankan survelan penyakit haiwan secara aktif dan pasif
  • Menguruskan sistem maklumat penyakit haiwan

 

5. SEKSYEN KAWALAN DAN PEMBASMIAN PENYAKIT

  • Menyediakan perancangan strategik bagi program kebangsaan bagi pencegahan, kawalan dan pembasmian penyakit haiwan.
  • Menyelaras dan memantau perlaksanaan program kawalan dan pembasmian penyakit kebangsaan
  • Merancang, menyelaras dan memantau kempen kesedaran awam bagi penyakit ternakan
  • Memantau program peningkatan imuniti ternakan ruminan dan bukan ruminan
  • Memantau aktiviti pengurusan indeks penyakit di lapangan
  • Menyelaras dan memantau kesiapsiagaan untuk menghadapi kejadian wabak penyakit.

 


Kemaskini pada 2020-08-04 15:30:45 daripada Nor Munirah binti Che Othman

  •  
  • Print
  • Email this page