Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Bm | Eng

faq-img

Kajian Kepuasan
Pelanggan

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Portal Rasmi

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

Kebajikan Haiwan

 

Pengenalan
 
 

Apakah ‘kebajikan haiwan’

Penerimaan secara umum definisi yang diterima pakai untuk kebajikan haiwan telah pun ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) . OIE adalah suatu organisasi di antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1924 dengan keanggotaan daripada 178 buah negara yang diwakili oleh  Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dari setiap negara sebagai delegasi kebangsaan.

OIE mendefinisikan kebajikan haiwan sebagai bagaimana sesuatu haiwan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di mana dia berada. Haiwan boleh dikatakan berada dalam tahap kebajikan yang tinggi bilamana (berdasarkan indikasi bukti saintifik) dia sihat, selesa, mendapat bekalan makanan dan nutrisi yang cukup, selamat daripada sebarang bentuk ancaman, dapat mempamerkan corak kelakuan semulajadi, dan dalam keadaan tidak menanggung sebarang kesakitan, derita, dan tekanan. Tahap kebajikan haiwan yang tinggi memerlukan kawalan penyakit dan rawatan perubatan veterinar, tempat penginapan yang bersesuaian, pengurusan, nutrisi, pengendalian secara berperikemanusiaan, dan penyembelihan/pembunuhan yang berperikemanusiaan. Kebajikan haiwan merujuk kepada keadaan haiwan tersebut; manakala layanan yang diterima oleh haiwan dirangkumi dalam terma lain seperti penjagaan haiwan, pengurusan haiwan dan juga layanan secara berperikemanusian.

 

 


Kemaskini pada 2018-10-23 13:53:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page