Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG

Perutusan Pengarah

 

 

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia

Maklumat yang tepat dan terkini adalah perlu kepada sesebuah organisasi atau jabatan dalam membuat sebarang keputusan. Sejajar dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat masa kini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang telah cuba untuk sama-sama bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan ICT  untuk menyalurkan maklumat-maklumat perkhidmatan kepada pelanggan kami melalui laman web yang dibangunkan ini.  Harapan kami maklumat yang terdapat dalam laman web ini dapat menjadi salah satu sumber ilmu untuk kegunaan umum.

Melalui laman web ini juga,  diharapkan hubungan secara dua hala antara anggota jabatan dan pelanggan dapat dilakukan. Pelanggan boleh memberikan sebarang idea atau komen berhubung dengan perkhidmatan kami. Idea atau komen tersebut boleh disaluran melalui emel atau menefon terus kepada anggota kami yang sentiasa bersedia berkhidmat, sesuai dengan moto   

TUGAS KAMI BERBAKTI UNTUK ANDA

Akhir kata, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda yang telah sudi melayari laman web ini. Diharapkan maklumat yang terdapat disini akan memberi manafaat  kepada anda dan berusaha bersama kami dalam memajukan industri ternakan negara terutamanya di Negeri Pahang ini.

 

Terima Kasih

 

DR. HAJAH AKMA BINTI NGAH HAMID S.I.S

Pengarah Perkhidmatan Veterinar

Negeri Pahang


  •  
  • Print
  • Email this page